Library News

Speaker Corner @ Kolej Cengal 5,6 & 7 bertajuk “Kekok”

Speaker Corner @ Kolej Cengal 5,6 & 7 bertajuk “Kekok”

PERLIS, 31 Disember 2024 – Program Lead and Read: Speaker Corner telah berlangsung dengan jayanya melalui platform Webex pada pukul 11:00 malam tadi. Program ini membawakan tajuk "Kekok", yang telah dibentangkan oleh Nur Annisa Mat Asri, bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman mengenai konsep kekok dalam komunikasi.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan aktiviti berbentuk pembangunan intelektual melalui pembacaan, meningkatkan keyakinan diri dalam berkongsi idea dan pandangan, serta menggerakkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Perlis. Dengan itu, diharapkan warga kampus dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu.

Nur Annisa Mat Asri telah berkongsi pandangan mendalam mengenai maksud kekok, cara mengatasi masalah kekok dalam situasi sosial, serta komponen utama yang diperlukan dalam komunikasi efektif. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang konsep tersebut, tetapi juga memberi motivasi kepada peserta untuk memperbaiki cara berkomunikasi mereka dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 462 peserta telah menghadiri sesi tersebut secara dalam talian. Kehadiran Residen Cengal 5, 6 & 7 adalah diwajibkan, dan para peserta yang menyertai program ini akan diberikan E-MERIT sebagai penghargaan kepada penyertaan mereka.

Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis. Program ini diharapkan dapat memberi impak yang positif terhadap peningkatan kemahiran komunikasi dan budaya membaca di kalangan pelajar.

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.