Dengan segala hormatnya, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) ingin menjemput seluruh warga UiTM untuk menyertai Program Bicara Buku Bersama Penulis bagi buku "Anak Autisme: Terapi dan Sokongan dari Perspektif Terapis".
Program ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan yang bermanfaat mengenai pendekatan terapi dan sokongan kepada anak-anak autisme melalui pengalaman sebenar penulis yang juga seorang terapis. Melalui program Telaah ini juga kupasan yang lebih mendalam akan dibincangkan.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Program: Bicara Buku Bersama Penulis "Anak Autisme: Terapi dan Sokongan" dari Perspektif Terapis.
Tarikh: 29 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
🔗 Platform: Facebook Live PTAR HASA
📌Program ini terbuka kepada semua warga UiTM.
📌 Jam latihan dan esijil akan diberikan kepada staf UiTM
Sertai kami untuk mendapatkan ilmu dan inspirasi terus daripada penulis buku yang penuh wibawa dalam bidang terapi kanak-kanak autisme.
Sekian, terima kasih.