Sinergi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) dizahirkan menerusi penglibatan PTAR di dalam Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Digital pada Rabu, 16 Februari 2022. Sesi taklimat menerusi aplikasi Zoom ini telah dihadiri oleh lapan orang peserta daripada iCEPS dan Universiti Antarabangsa Qaiwan seperti berikut: 1. Kanar Roshen Tariq – Koordinator, Program Francais UiTM, 2. Zhyar Yassin Abdullah, 3. Muhammed Nawzad M. Ramzi, 4. Pesheen Mustafa Hussein, 5. Noor Syamimi Zakaria – Penolong Pendaftar, 6. Zainal Izuddin Saharudin – Pegawai Eksekutif (Antarabangsa), 7. Hasfarizatul Akmal Hassan dan 8. Aishah Najiha Johari.
Objektif penganjuran sesi taklimat ini bertujuan memperkenalkan kemudahan perpustakaan digital PTAR seperti pangkalan data atas talian, kertas soalan, eBook, Open Access Discovery, Repositori Institusi UiTM, Hub Kandungan Tempatan, MyKM (My Knowledge Management) dan Live Chat With Librarian. Turut didedahkan kemudahan lain UiTM yang menyokong pembelajaran jarak jauh separuh masa seperti kandungan digital pembelajaran terbuka atau LMS (Learning Management System), VLE (Virtual Learning Environment), iClass dan Ufuture serta MOOCs (Massive Open Online Courses). Slot taklimat PTAR selama satu jam ini telah disampaikan oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar Jaafar disamping moderator Encik Mohamad Faris Ismat Jaafar.
Penganjuran taklimat oleh iCEPS ini ialah sebahagian usaha jalinan kerjasama francais zon timur tengah antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Antarabangsa Qaiwan bertarikh 14 September 2020. Sebagai rekod, terdapat lima program perubatan UiTM telah ditawarkan oleh Universiti Antarabangsa Qaiwan pada sesi akademik 2020-2021 yang lalu iaitu: 1. Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (DS240), 2. Sarjana Muda Optometri (Kepujian) (HS246), 3. Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)(HS242), 4. Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan (Kepujian)(HS241) dan 5. Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (CS240).
Semoga pendedahan terhadap kemudahan perpustakaan digital PTAR ini memberi manfaat perkongsian pengetahuan dan kemahiran di kalangan pengurus program francais UiTM dan Universiti Antarabangsa Qaiwan ini.