PENERIMAAN REKOD PENTING UNIVERSITI

10 Februari 2026: Unit Arkib Cawangan Perak telah melaksanakan penerimaan rekod penting universiti daripada Pusat Pengajian Siswazah UiTM Kampus Seri Iskandar yang berlangsung pada 28 Januari 2026 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Arkib, Unit Arkib Cawangan Perak. Penerimaan ini melibatkan sebanyak 177 fail pelajar yang telah melepasi tempoh simpanan lebih lima tahun selepas tamat pengajian dan layak dipindahkan ke Unit Arkib Cawangan selaras dengan keperluan pengurusan rekod universiti.

Sehubungan dengan penerimaan tersebut, Unit Arkib Cawangan Perak akan melaksanakan pengurusan rekod secara terancang termasuk proses muat naik dan pendokumentasian fail ke dalam sistem Archive Management System bagi memastikan rekod disimpan dengan selamat, mudah diakses serta terpelihara untuk rujukan jangka panjang. Maklumat berkaitan rekod yang diterima boleh dibuat carian melalui Online Finding Archive UiTM dan tertakluk kepada permohonan rujukan terhad dalam kalangan warga kampus.

Penerimaan rekod penting fail pelajar ini merangkumi proses menerima, menyemak dan merekod dokumen rasmi yang mempunyai nilai pentadbiran, perundangan serta rujukan jangka panjang. Pelaksanaan proses secara teratur ini bertujuan memastikan ketulenan dan kelengkapan rekod, seterusnya menjamin kebolehpercayaan maklumat pelajar serta menyokong keperluan audit, rujukan rasmi dan pemeliharaan rekod universiti secara berterusan.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply