“Knowledge Transfer Program” (KTP): Bengkel Baik Pulih Kitab Lama

Pihak Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (PPPYIK) dengan kerjasama Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tengku Anis telah menganjurkan “Knowledge Transfer Program” (KTP): Bengkel Baik Pulih Kitab Lama pada 22 Januari 2026. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan kaedah penjagaan dan baik pulih kitab-kitab lama yang bernilai tinggi dari sudut warisan ilmu dan sejarah.

Program telah dihadiri oleh:

1. Syeikh Wan Samsuri Wan Abdul Ghani
2. Ustaz Mohamad Shahril bin Mat Isa
3. Ustaz Mohamad Radzuan bin Abdul Aziz
4. Ustaz Abdullah bin Hussin
5. Cikgu Alazmi bin Hassan @ Deraman

Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan rombongan guru pondok daripada PPPYIK. Seterusnya, satu pertemuan ringkas telah diadakan bersama YBrs. Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan bagi membincangkan potensi serta hala tuju kerjasama program antara kedua-dua pihak. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Ketua Perpustakaan Cawangan dan Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP).

Program diteruskan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) serta sesi diskusi berkaitan Projek Portal PPPYIK. Rombongan kemudiannya dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat kemudahan yang digunakan dalam pengurusan serta pemuliharaan koleksi.

Seterusnya, program diteruskan dengan Bengkel Pemuliharaan Kitab Lama yang melibatkan demonstrasi pemuliharaan koleksi. Bengkel ini telah memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai teknik asas penjagaan dan pemeliharaan kitab lama, yang didemonstrasikan oleh Encik Zul Abdullah, Pembantu Pustakawan Kanan daripada Unit Arkib Cawangan.

Pelaksanaan program ini berjaya memperkukuhkan kerjasama antara Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (PPPYIK) dan Perpustakaan Tengku Anis serta memberikan pendedahan bermakna kepada peserta dalam aspek penjagaan dan pemuliharaan kitab lama sebagai khazanah warisan ilmu dan sejarah.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply