22 Januari 2026, Khamis – PTUU telah menerima sumbangan sebanyak 20 naskhah buku daripadaTuan Ahmad Edham bin Abdulwani, Peguambela & Peguamcara Tetuan Zulpadli & Edham, karya YBhg. Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain dari Institut Pemikiran & Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).

Karya yang bertajuk The Malay Rulers : Their Position and Article 38(4) adalah karya terbaharu oleh beliau dan juga merupakan karya ke 21 yang dihasilkan. Pihak PTUU amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.


