UCAPAN PENGHARGAAN – SUMBANGAN KOLEKSI UNDANG-UNDANG : TAN SRI DATO’ SERI DR. VISU SINNADURAI

Alhamdulillah, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan penuh penghargaan mengumumkan penerimaan 825 naskhah buku undang-undang daripada mendiang Tan Sri Dato’ Seri Dr. Visu Sinnadurai, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.

Koleksi bernilai ini merangkumi pelbagai laporan kes, jurnal perundangan, ulasan akademik serta bahan rujukan penting yang amat signifikan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Terima kasih atas kepercayaan dan sumbangan yang mengukuhkan lagi peranan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning.

✨ Sumbangan Bahan Bacaan ke PTAR

PTAR sentiasa mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada komuniti, organisasi, alumni dan individu yang ingin menyokong pembangunan ilmu di UiTM.

Amirul Desa Jabatan Perpustakaan

Leave a Reply