NATURE DETECTIVE: Future Scientist in Action (Day 1 – Daerah Maran)

6 Oktober 2025

Hutan Pembelajaran & Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

Program Nature Detective membuka tirai Hari Pertama dengan penuh semangat bersama pelajar Sekolah Menengah dari Daerah Maran!

Sebagai sebahagian daripada Karnival Ilmu@PAB, aktiviti hari ini membawa peserta menyelami keajaiban alam sekitar melalui pendekatan “Future Scientist in Action” di mana mereka meneroka, memerhati, dan mengenal pasti biodiversiti di kawasan Hutan Pembelajaran UiTM.

Program ini anjuran Perpustakaan UiTM Pahang dengan kolaborasi beberapa agensi luar seperti American Corner Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP), dan Pusat Pengajian Industri Perkayuan, Fakulti Sains Gunaan UiTM Pahang yang membuka peluang kepada peserta untuk meneroka dan mengenali kepelbagaian spesies flora serta fauna di sekitar mereka.

Dalam Modul 1: Detective Pokok, peserta meneroka Hutan Pembelajaran UiTM Pahang bagi mengenali dan memerhati 10 jenis pokok terpilih sambil mengumpul spesimen daun kering untuk aktiviti kumpulan. Seterusnya, Modul 2: Detective Daun diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari dengan dengan aktiviti tekap dan lukisan daun sambil belajar tentang bentuk dan keunikan setiap helaian daun.

Suasana ceria dan penuh keterujaan jelas terpancar apabila para peserta berpeluang menjadi “detektif alam” sebenar sambil menimba ilmu tentang flora dan fauna sekitar.

Nature Detective Daerah Maran ini menjadi pembuka tirai kepada siri jelajah yang akan diteruskan hingga 8 Oktober 2025, melibatkan daerah Temerloh, Bera dan Jerantut.

Teruskan mengikuti perjalanan kami dalam misi mendidik dan mencungkil potensi saintis masyarakat yang mencintai alam!

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply