8 Oktober 2025
Hutan Pembelajaran & Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Hari terakhir Nature Detective berlangsung dengan penuh meriah apabila pelajar Sekolah Menengah dari Daerah Jerantut menutup tirai siri jelajah ini dengan semangat yang luar biasa!
Dari awal pagi, suasana dipenuhi keceriaan dan rasa teruja apabila para peserta meneroka dunia alam sekitar sambil mengasah kemahiran pemerhatian dan mengenal pelbagai keunikan flora di sekitar Hutan Pembelajaran UiTM
Program kali ini bukan sekadar aktiviti pembelajaran, tetapi satu pengalaman mendidik jiwa bagi menghubungkan pelajar dengan alam, menanam nilai cinta terhadap kelestarian dan pengetahuan hijau.
Sebagai daerah terakhir siri Nature Detective, Jerantut melengkapkan perjalanan hijau yang penuh penemuan dan inspirasi. Di sinilah detektif alam muda menyimpul kisah 4 daerah yang menjadikan penutup ini bukan sekadar pengakhiran, tetapi permulaan kepada semangat baharu mencintai alam sekitar.![]()
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru-guru dan rakan kolaborasi atas kejayaan program ini. semoga semangat ingin tahu, cinta ilmu dan kasih terhadap alam terus subur dalam diri setiap detektif alam muda!









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan