Program AI-Lit: SMART SEARCH for SMART STUDENTS Hari pertama Program AI-Lit: Smart Search for Smart Students telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober – 15 Oktober 2025 (Selasa & Rabu ) bertempat di Bilik IT, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Seramai 67 orang pelajar dari SMK Jengka Pusat telah menyertai program ini melalui kerjasama dengan PRASITI.
Program pada hari pertama dan kedua ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu:
Sesi pagi bersama Puan Muniratul Husna, Pustakawan, yang telah memberi penerangan tentang enjin pencarian dan teknik carian maklumat secara berkesan.
Sesi petang bersama Puan Nurfarawahidan, Pustakawan Kanan, yang telah berkongsi mengenai penggunaan ChatGPT sebagai alat bantu pembelajaran dan carian maklumat pintar.
Program ini bertujuan memperkenalkan kemahiran carian pintar menggunakan sumber digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan pelajar dalam mencari dan menilai maklumat akademik.















Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan