26 Oktober 2025 | Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Program Telaah kali ini menampilkan kupasan mendalam oleh Dr. Muhammad Syafiq Borhannuddin, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama moderator Puan Nordiana Mohd Nordin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Maklumat UiTM Kampus Puncak Perdana.



Turut hadir memeriahkan sesi ini:
- Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM
- Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM
- YBhg. Professor Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi UiTM
- YBrs. Prof. Sr Ts. Dr. Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM
Impak & Intipati Kupasan Telaah:
Pembangunan mesti berpaksikan nilai insan, akal budi dan ilmu sebagai asas kemajuan sejati.
Intelektual Muslim berperanan sebagai pembimbing masyarakat, bukan sekadar pemerhati atau pengulas.
Reformasi pemikiran dan pembinaan jati diri bangsa perlu berteraskan keadilan sosial, amanah dan kesejahteraan sejagat.
Warisan pemikiran Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz mengajak kita menilai semula paradigma pembangunan berasaskan ilmu dan integriti.
Program ini turut memperkukuh budaya wacana intelektual di UiTM, memperlihatkan peranan perpustakaan dan universiti sebagai nadi penyebar ilmu, nilai dan pemikiran progresif masyarakat.
Saksikan siaran penuh di YouTube: https://youtube.com/live/F-TKXGczbOY?si=3l20RuRkjaJssJW