
Pada 21 Oktober 2025 (Selasa), PTAR telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) yang diketuai oleh Cik Siti Norishah Mohamad Ketua Pusat Sumber bersama 8 orang pegawai IPGKBA.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan dan pembangunan perkhidmatan perpustakaan. Delegasi IPGKBA telah diberi taklimat oleh Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Jantan berkaitan inisiatif pendigitalan Perpustakaan UiTM, termasuk transformasi digital, sistem pintar, serta pendekatan baharu dalam memperkasa pengalaman pengguna.
Dalam sesi tersebut, turut diadakan perkongsian pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang dinamik dan inklusif.
Terima kasih kepada pihak IPGKBA atas kunjungan dan minat terhadap inisiatif pendigitalan UiTM. Semoga hubungan kerjasama ini membuka ruang kolaborasi strategik dalam pembangunan literasi maklumat dan inovasi perpustakaan pendidikan.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17MC9ofCQQ/