Shah Alam, 13 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah menganjurkan Bengkel Bacaan Pantas: Asah Potensi, Jadi Jurulatih Luar Biasa! yang disertai seramai 31 orang peserta terdiri daripada warga perpustakaan.
Bengkel ini dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman:
1. Dr. Nurul Aida Noor Azizi
2. Puan Azura Mohamad Hashim
3. Puan Siti Salwa A. Rahman
4. Cik Ummi Halimatunssaaadiyya Shamsul Yuzli
Turut membantu sebagai fasilitator ialah Puan Norazlin Mohd. Yusof.
Program ini bertujuan untuk:
1. Melatih Speed Reading Instructor yang baharu sesuai dengan keperluan dan penstrukturan terkini.
2. Melahirkan Subject Matter Experts (SME) dalam bidang Bacaan Pantas.
Bengkel ini bukan sahaja memberi pendedahan terhadap teknik dan strategi bacaan pantas, tetapi turut menekankan aspek pembinaan kemahiran kognitif, pengurusan masa dan tumpuan, serta aplikasi amalan bacaan pantas dalam konteks pembelajaran abad ke-21.
Dengan penganjuran ini, PTAR terus komited melahirkan tenaga pengajar dan jurulatih dalaman yang berkompetensi tinggi dalam menyokong agenda pembudayaan ilmu dan literasi bacaan dalam kalangan warga UiTM.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/18jV3XwSp5/