Program Pemantapan Destini Siswa & Taklimat Akademik Pelajar Semester Satu Fakulti Undang-Undang

SHAH ALAM, 11 OKTOBER 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU) telah mengadakan Taklimat Slot Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa Pelajar Pascasiswazah Fakulti Undang-Undang (FUU), bertempat di Auditorium 2, Kompleks Al-Farabi, Fakulti Undang-Undang.

Taklimat yang berlangsung dari jam 10.15 pagi hingga 11.00 pagi ini disampaikan oleh Ketua PTUU, Puan Masnida Hanim Che Mahmood.

Sesi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PTAR Undang-Undang dan memberi penerangan secara ringkas berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Antara pengisian utama ialah pendedahan kepada sumber maklumat yang relevan, teknik pencarian maklumat secara efektif, penggunaan PERMATA Mobile App, serta penerokaan platfom digital lain seperti PERMATA Search.

Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat membantu para pelajar baharu menyesuaikan diri di kampus dan dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTUU dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply