Bicara Ilmu : Hijrah Menuju Ketakwaan

4 Julai 2025 – Program Bicara Ilmu: Hijrah Menuju Ketakwaan anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berlangsung dengan jayanya secara siaran langsung di platform Facebook.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Mohd Fahimi Zakaria dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam, yang menyampaikan perkongsian penuh inspirasi bersempena sambutan Awal Muharam 1447H.

Dalam slot bicara tersebut, Ustaz Fahimi menekankan kepentingan hijrah sebagai satu bentuk perubahan diri ke arah kehidupan yang lebih bertakwa kepada Allah SWT. Beliau turut mengupas nilai spiritual yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian, selain menyeru warga kampus agar menjadikan penghijrahan sebagai satu titik mula memperbaiki hubungan dengan Pencipta dan sesama insan.

Usaha seperti ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman Islam, malah turut menyumbang kepada pembudayaan ilmu dalam kalangan warga universiti melalui platform intelektual yang menyatukan aspek rohani dan akademik.

Rakaman penuh ceramah boleh ditonton semula di pautan berikut: https://www.facebook.com/share/v/1CCCom4gD4/

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply