Tarikh : 26 Jun 2025, Khamis
Tempat : UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Bukit Besi
Penglibatan staf Perpustakaan UiTMCT:
1. En. Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan
2. En. Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan
Unit Arkib UiTMCT telah menyediakan Pameran Sejarah Penubuhan 50 Tahun UiTMCT (1975-2025) bersempena Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid UiTMCT Kampus Bukit Besi yang telah diadakan pada 26 Jun 2025, Khamis yang lalu.



Pameran Sejarah Penubuhan 50 Tahun UiTMCT (1975-2025) ini adalah sebuah pameran maklumat yang bertujuan untuk memaparkan dan menyampaikan maklumat berkaitan sejarah penubuhan awal ITM Terengganu, termasuk perjalanan dan perubahan di ITM Terengganu dari dahulu sehingga kini serta barisan kepimpinan tertinggi yang terlibat. Ianya secara tidak langsung memberi gambaran berkaitan sejarah awal UiTMCT sejak penubuhan kampus ini di Sura Gate pada tahun 1975 yang lalu kepada KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang hadir melawat reruai pameran sambil diberi penerangan ringkas oleh Dr. Ermeey Abdul Kadir, Rektor UiTMCT, serta disaksikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, dan beberapa orang delegasi kehormat yang lain. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Penglibatan Unit Arkib UiTMCT dalam majlis ini merupakan suatu yang bermakna. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pameran ini.
Sumber Gambar:
1. Facebook Lensa UiTM Terengganu
2. Dr SAM Official Media
Disediakan oleh: En. Md. Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan.