Kursus Pembentukan Jiwa Khalifah Rabbani Pengawas Pusat Sumber Sekolah SK Balai Besar, Dungun

Tarikh : 17 Jun 2025, Selasa
Masa : 8.00 pagi- 1.00 petang
Tempat : Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Penglibatan : 65 orang pelajar Pengawas Pusat Sumber SK Balai Besar dan 6 orang guru pengiring.

Pengisian kursus
i- Ceramah Motivasi: Membentuk jati diri Pengawas Pusat Sumber Sekolah sebagai Khalifah Rabbani
Dikendalikan oleh: Unit Psikologi & Kaunseling UiTMCT

ii- Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah & Lawatan ke Unit-unit di Perpustakaan Cendekiawan
Dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Timb. Ketua Pustakawan (M) (KUP), Unit Perkhidmatan Perpustakaan

iii- Bengkel Bacaan Pantas
Dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan

iv-Sesi Resensi Buku oleh 6 orang Pelajar SK Balai Besar, Dungun.

Turut diadakan ialah Sesi Menandatangani Sijil Jaringan dan Jalinan Kolaborasi Strategik dalam menjayakan Kursus Pembentukan Jiwa Khalifah Rabbani Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sekitar Daerah Dungun antara Perpustakaan Cendekiawan dan SK Balai Besar, Dungun, yang berlangsung ada Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh En. Hazanizam bin Hassim, Guru Besar SK Balai Besar, Dungun.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan program pada kali ini. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timb. Ketua Pustakawan (M) (KUP).

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply