
Shah Alam, 23 Jun 2025 – Program Teaching Library Siri 2, Cohort 3 telah pun dijalankan di Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU) pada hari Isnin 23 Jun 2025. Sesi antara pelajar dan pustakawan yang mengambil masa selama dua jam ini membawa tema utama “Reference Interview & Digital Reference Model”, dan berjaya mengumpulkan seramai 32 orang pelajar Semester 2 dari Fakulti Sains Maklumat dengan bimbingan pensyarah pengiring, Dr. A’dillah Mustafa.


Sesi perkongsian ilmu dan simulasi konsultasi telah disampaikan oleh:
- Puan Masnida Hanim Che Mahmood (Ketua Perpustakaan PTAR Undang-Undang)
- Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul (Pustakawan Unit Literasi Maklumat)
Program ini memberi peluang eksklusif kepada para pelajar untuk merasai pengalaman sebenar dalam sesi konsultasi maklumat, satu elemen penting dalam pembinaan literasi maklumat yang relevan dan kritikal dalam konteks akademik dan profesional hari ini.

Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuklah:
- Tatacara sebenar reference interview dalam sesi konsultasi maklumat
- Simulasi konsultasi melalui mock-up interaktif antara pelajar dan pustakawan
- Analisis data daripada sesi konsultasi pengguna
Para pelajar dibawa melawat ke aras 3 PTAR Undang-Undang bagi melihat pelbagai koleksi bahan Undang-Undang.


Para pelajar juga telah merasai satu pengalaman yang menarik melalui satu lawatan khas ke MOOT Court bagi memberi pendedahan terhadap realiti perundangan yang sebenar.