Library Outreach bersama Pelajar Pra Pengajian Tinggi

Taklimat Library Outreach bersama Pelajar Pra Pengajian Tinggi yang dihadiri seramai 47 orang pelajar mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah berjaya diadakan pada 30 Mac 2022, jam 4.30 petang.

Taklimat atas talian yang dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan perkhidmatan fizikal dan atas talian serta koleksi digital yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang. Perkongsian berkaitan perkhidmatan atas talian dari portal MyKnowledge Management (MyKM) ini dikongsikan tentang cara pencarian bahan rujukan dari online database, pencarian e-book, pencarian kertas soalan peperiksaan serta cara pencarian buku berbentuk fizikal menggunakan sistem OPAC. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan kemudahan serta perkhidmatan fizikal yang boleh digunakan sewaktu hadir secara fizikal di Perpustakaan Al-Bukhari, Kampus Jengka dan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Raub.

Semoga taklimat Library Outreach ini dapat membantu para pelajar sepanjang sesi pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang seiring dengan Sustainable Development Goal (SDG) 4: Quality Education.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply