17 April 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima pelawat daripada Akreditasi bagi Program Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) (CFAP248) pada 5 Mac yang lalu. Lawatan ini telah diketuai oleh Koordinator Program, Lar. Dr. Norizan Mt Akhir dan barisan pensyarah. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian yang dijalankan oleh pihak badan akreditasi bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan memenuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan.
Sepanjang lawatan, panel audit telah diberi taklimat mengenai kemudahan, koleksi bahan rujukan serta sokongan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan kepadapara pelajar dan pensyarah program tersebut. Turut dikongsikan ialah usaha perpustakan dalam menyediakan akses kepada sumber digital, kemudahan pembelajaran yang kondusif serta peranan staf dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk pihak perpustakaan menerima maklum balasdan cadangan penambahbaikan daripada pihak panel audit. Kerjasama erat antara fakulti dan perpustakaan dilihat sebagai elemen penting dalam memastikan kecemerlangan akademik serta peningkatan mutu pendidikan secara berterusan di UiTM Cawangan Perak.