
Merbok, 12 Januari 2025 – Rentetan daripada program Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib yang telah dilaksanakan selaras dengan Perancangan Strategik PTAR 2024 bagi penetapan PI 2 : Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama PTJ, pihak Unit Arkib Cawangan telah meneruskan kesinambungan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2.
Objektif program adalah menyampaikan taklimat berkenaan format surat rasmi UiTM agar PTJ dapat menyediakan surat rasmi yang mengikuti format yang ditetapkan, membentangkan Nota Perbincangan Siri 1 kepada PTJ dan menyemak tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh PTJ.





Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Pejabat Rektor telah berlangsung pada 12 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Sesi ini telah dihadiri oleh semua unit di bawah Pejabat Rektor. Melalui sesi pembentangan Nota Perbincangan, pihak UAC mendapati pihak Pejabat Rektor telah melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan yang telah dimaklumkan ketika Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib pada 20 Mei 2024 yang lalu.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan