Program Vitamin Ilmu Siri 4: Pembugaran Jati Diri Pengawas PSS

9 Januari 2025 – Perpustakaan Tengku Anis telah menjalankan Program Vitamin Ilmu SMK Pangkal Meleret Siri 4: Pembugaran Jati Diri Pengawas PSS di SMK Pangkal Meleret yang melibatkan seramai 31 orang pengawas pusat sumber sekolah (PSS) yang bertujuan untuk memantapkan kepimpinan, disiplin, pengetahuan dan jati diri pelajar sebagai seorang pengawas PSS.

Antara pengisian program:
1. Teknik pencarian maklumat dan taklimat Dewey Decimal Classification


2. Sesi perkongsian bersama pelajar latihan industri Universitas Airlangga

3. Permainan sampul beracun, giant puzzle & lain-lain

Program diakhiri dengan ucapan penutup dari wakil sekolah, Ketua Perpustakaan Cawangan PTA dan sesi penyampaian cenderahati antara pihak sekolah dan PTA. Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah di atas jemputan untuk berkolaborasi bersama buat kali ini. Semoga apa yang disampaikan sepanjang program bermanfaat kepada semua pelajar dan semoga ukhuwah ini sentiasa terjaga.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply