Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya, UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 8 Januari – Program ini merupakan aktiviti yang berteraskan aktiviti meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya kalangan pelajar UiTM Cawangan Kedah keseluruhannya. Hampir setiap hari, kita disajikan dengan berita insiden kemalangan di seluruh negara yang mana kes yang melibatkan pelajar maut amat membimbangkan. Pelajar kalangan Institusi pengajian tinggi tidak terkecuali. Daripada maklumat yang diterima, sebanyak 12 kes insiden kemalangan jalan raya adalah membabitkan pelajar UiTM Cawangan Kedah. Sebagai Langkah proaktif dan di atas dasar “Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama” MITRANS UiTM dengan jalinan kerjasama Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) akan berkolaborasi dengan UiTM Cawangan Kedah untuk menganjurkan Seminar & Bengkel Keselamatan Jalan Raya UiTM Cawangan Kedah.

Program ini dianjurkan adalah untuk membudayakan amalan selamat kepada pelajar ketika berada di jalan raya samada di dalam atau luar kampus. Selain itu, meningkatkan pengetahuan mengenai kewajipan pematuhan undang-undang jalan raya serta keupayaan skil pemanduan, penunggangan dan pengendalian kenderaan secara berhemah ketika berada di jalan raya, secara tidak langsung dapat membina jati diri pelajar agar prihatin tentang keselamatan jalan raya.

Pada 08 Januari 2024, perjalanan program bermula dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang dan telah dihadiri seramai 148 orang pelajar bermula dengan seminar di Dewan Seri Jerai dan bengkel di kawasan tempat letak kereta Dewan Perdana . Rektor, UiTM Cawangan Kedah Yang Bhg Prof. Dr Roshima Said merasmikan seminar dan bengkel keselamatan jalanraya yang telah dianjurkan oleh MITRANS UiTM dengan kerjasama Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) dan juga Bahagian pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah. Selain itu, Prof Madya Dr Wan Mazlina binti Wan Mohamad turut hadir untuk menyampaikan penerangan mengenai peranan MITRANS dan kepatuhan undang undang keselamatan jalan raya. Sebanyak 50 biji topi keleder diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kepada pelajar B40 yang terpilih bagi memupuk kesedaran kepada penunggang motosikal supaya dapat menggunakan topi keledar yang disahkan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan dan cara pemakaian topi keledar yang betul.

Aktiviti semasa seminar dan bengkel berlangsung.

Disediakan oleh : Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply