Tarikh : 28 November 2024, Khamis
Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengah hari
Penglibatan : 43 orang Pengawas Pusat Sumber SK Batu 48, Dungun
Anjuran : Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun bersama Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Terengganu
Bengkel Literasi Maklumat: Teknik Bacaan Pantas telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Batu 48 bersempena program School Attack: Eco Wonderfest & Info Literacy. Bengkel ini diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan penyertaan seramai 43 orang Pengawas Pusat Sumber dari sekolah tersebut, diiringi oleh dua orang guru pengiring yang turut hadir bersama di sepanjang bengkel berlangsung.
Program ini merupakan inisiatif kerjasama antara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, dan Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan teknik bacaan pantas kepada pelajar, sekaligus meningkatkan literasi maklumat mereka dan memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
Sepanjang bengkel, pelajar didedahkan kepada teknik bacaan efisien yang dapat membantu mereka memahami dan menganalisis maklumat dengan lebih pantas. Aktiviti yang dijalankan turut merangkumi latihan praktikal bagi memantapkan kemahiran yang dipelajari, di samping dapat mengetahui tahap kepantasan pembacaan mereka sebelum dan selepas mempelajari teknik bacaan pantas.
Program ini diharapkan dapat memberikan impak positif dalam membentuk generasi pelajar yang lebih cekap dan mahir dalam mengakses serta menggunakan maklumat secara bijak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.