Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Tarikh: 12 September 2024, Khamis
Masa: 2.30 petang – 3.00 petang
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement

Ringkasan:

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan dua orang pelajar latihan industri dari UiTM Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani iaitu Saudari Siti Nuraishah Zulkarnain dan Saudari Nur Izzati Mohd Abdul Malek. Kedua-dua orang pelajar Diploma Informatik Perpustakaan ini yang telah berjaya menjalani tempoh latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dengan jayanya bermula dari 12 Julai 2024  sehingga 12 September 2024.

Pelbagai pendedahan realiti alam pekerjaan telah mereka jalani sepanjang tempoh menjalani latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun ini termasuk menyertai aktiviti dalam dan luar kampus. Adalah diharapkan segala pengalaman dan perkongsian ilmu  daripada seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan dapat membantu memberi gambaran dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan dalam  menghadapi alam pekerjaan kelak.

En. Nik Lokman Nik Ismail, Pustakawan Kanan, yang mewakili Timbalan Ketua Pustakawan dan seluruh warga kerja perpustakaan menyampaikan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pelajar latihan industri tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Encik Md.Kamil ibrahim, Pustakawan Kanan.

Selamat maju jaya diucapkan daripada kami seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan.

Disediakan oleh: En. Abd Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply