Lawatan Audit Pengurusan Rekod Di Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

04 Julai 2024, Khamis – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Lawatan Audit Pengurusan Rekod Bersama Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada ketetapan berikut:

Tarikh : 04 Julai 2024 | Khamis
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Pagi
Tempat : Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Lawatan Audit Pengurusan Rekod ini adalah bertujuan bagi memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.

Selain itu, Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka juga melaksanakan kempen perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia.

Objektif audit pengurusan rekod adalah seperti berikut:

  1. Memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.
  2. Perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia.

Semoga lawatan audit ini dapat memantau perlaksanaan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) bagi memastikan rekod universiti diurus dengan sistematik dan selamat.

Pautan TikTok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply