Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, sentiasa komited melaksanakan inisiatif bagi menjalankan pelbagai fungsi dan peranannya dalam menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga kampus. Antaranya ialah mengadakan Program Library Street di beberapa lokasi terpilih sepanjang bulan Oktober 2023, seperti berikut:-
Minggu 1
Lokasi: Dewan Makan Kolej Perhentian
Tarikh: 4 Oktober 2023, Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Ketua Aktiviti: En. Abdul Hadi Idris
Minggu 2
Lokasi: Dewan Makan Kolej Redang
Tarikh: 11 Oktober 2023, Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Ketua Aktiviti: Puan Ayuzawahie Amran
Minggu 3
Lokasi: Dataran Dewan Jasmin
Tarikh: 18 Oktober 2023, Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Ketua Aktiviti: En. Nik Ahmad Kamal Nik Wadi
Minggu 4
Lokasi: Dewan Makan Kolej Tenggol
Tarikh: 25 Oktober 2023,Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Ketua Aktiviti: Puan Hafsah Mustafa
Objektif penganjuran Program Library Street ini adalah untuk:
- Mendekati warga UiTMCT di luar bangunan perpustakaan dengan membawa koleksi terbaru dan rundingan maklumat perpustakaan secara langsung kepada pengguna terutamanya pelajar.
- Memenuhi keperluan sasaran kerja tahunan mengadakan program Read@UiTM-Mobile Library.
- Menggalakkan warga UiTMCT menggunakan perkhidmatan dan system perpustakaan.
Bersama program ini turut diadakan pendedahan dan penggunaan UiTM Library Mobile Apps, pinjaman dan pemulangan buku, dan pameran koleksi bahan bacaan baharu (novel, buku, dan majalah). Bagi memeriahkan lagi program ini pertandingan permainan tradisional, kuiz dan permainan berkonsepkan carian maklumat yang dikendalikan oleh pelajar Latihan Industri di Perpustakaan Cendekiawan kampus Dungun turut diadakan. Pelbagai hadiah saguhati ditawarkan kepada pengunjung yang menyertai program ini. E-merit dan e-sijil penyertaan juga disediakan sebagai menarik pengunjung terutama para pelajar khususnya untuk hadir ke program terbuka ini.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memupukkan lagi minat warga UiTM Cawangan Terengganu terhadap budaya membaca dan aktiviti ilmu.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan