Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet & Jilid)

24 – 25 Oktober 2023, (Selasa – Rabu) – 2 orang staf Pembantu Pemuliharaan, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menyertai Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet & Jilid) anjuran Arkib Negara Malaysia pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24 – 25 Oktober 2023 | Selasa – Rabu
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Bilik Latihan Memorial Negarawan, Arkib Negara Malaysia

Bengkel ini telah disertai oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel ini telah berjalan selama 2 hari bertujuan untuk memberi perhatian kepada penjawat awam akan kepentingan keselamatan rekod – rekod penting Negara. Para peserta akan didedahkan dengan perkara – perkara berkaitan dengan perlunya pemeliharaan rekod di organisasi masing -masing, serta konsep dan kaedah pemuliharaan rekod.

Objektif penganjuran bengkel adalah untuk:

  1. Memahami pemeliharaan rekod adalah bermula di organisasi masing -masing
  2. Mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan rekod
  3. Memelihara dan memulihara rekod – rekod di organisasi masing – masing sekurang – kurangnya secara minima selaras dengan Bahagian 8 Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/07

Bengkel selama dua hari ini telah memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta menerusi modul berikut:

  1. Taklimat Pengenalan Pemuliharaan Rekod
  2. Kaedah Pembaikan Rekod
  3. Baik Pulih Kaedah Salutmati
  4. Baik Pulih Tisu
  5. Pengenalan Kaedah Penjilidan
  6. Jahitan Kuras Berbilang
  7. Jahitan Tusuk Tepi
  8. Kaedah Jilidan Mudah / Lembut
  9. Kemasan Akhir

Pautan Gambar Sekitar Bengkel: KLIK SINI

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSNhwwDJf/

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply