Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail Universiti Teknologi MARA (UiTM)

18 – 19 Oktober 2023, (Rabu – Khamis) – Jabatan Arkib Universiti bersama Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK) ILD UiTM telah terlibat dalam penganjuran satu bengkel Migrasi Klasifikasi Fail UiTM pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 – 19 Oktober 2023 | Rabu – Khamis
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : ILD Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Penceramah dan fasilitator bagi bengkel ini telah dijemput khas dari Arkib Negara Malaysia (ANM):

Puan Kaszilawati binti Kasnan (Penceramah)
Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia

Puan Qahera binti Alian (Fasilitator)
Ketua Unit Latihan Arkib
Arkib Negara Malaysia

Bengkel yang telah berlangsung selama dua hari ini memfokuskan perkara berkaitan migrasi kasifikasi fail UiTM kepada para peserta bengkel. Peserta bengkel ini dihadiri oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Shah Alam dan juga wakil dari Unit Arkib Cawangan seluruh negeri.

Sepanjang 2 hari ini para peserta bengkel diberikan taklimat dan penerangan mengenai migrasi klasifikasi fail sebelum para peserta diberikan latihan dan tugasan bagi menguji kefahaman mengenai migrasi klasifikasi fail. Setelah para peserta membuat latihan, beberapa peserta dari UiTM Shah Alam akan dipanggil untuk membuat pembentangan mengenai migrasi klasifikasi fail yang telah dibuat.

Selain itu, Unit Arkib Cawangan Melaka telah dipilih untuk menjadi wakil Cawangan bagi sesi pembentangan migrasi klasifikasi fail UiTM. Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka telah membentangkan migrasi klasifikasi fail yang telah dibuat bagi klasifikasi fail PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Semoga bengkel ini dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM.

Pautan TikTok Sekitar Bengkel: https://vt.tiktok.com/ZSNMhyec2/

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply