Keagungan tradisi ilmu bangsa melalui tulisan Jawi sejak berabad lalu telah menjadi medium penyebaran ilmu, pentadbiran, perundangan dan peradaban alam Melayu. Sebagai peneraju penyebaran ilmu, PTAR UiTM meneruskan usaha pemartabatan tulisan Jawi melalui dua inisiatif strategik berikut:
1. Pembangunan Koleksi Khas Jawi UiTM
Menghimpunkan dan mendigital khazanah persuratan Jawi yang kini mencapai jumlah 1,101 bahan meliputi :
• Manuskrip dan teks Jawi terpilih
• Koleksi akhbar, majalah dan penerbitan Jawi
• Artifak ilmiah Jawi
2. Repositori Persuratan Jawi UiTM
PTAR membangunkan repositori yang menghimpunkan bahan Jawi dalam bentuk digital serta boleh diakses pada pautan https://mykm.uitm.edu.my/jawi . Repositori ini berfungsi sebagai platform rujukan nasional dalam bidang persuratan Jawi. Justeru, Perpustakaan sangat mengalu-alukan sumbangan bahan bernilai ini untuk dijadikan sebagai rujukan ilmiah.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Chhq6s2UU/