Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan program seperti berikut:
Topik: Program Ihya Ramadan: Berkah Pagi Ramadan Siri 2 (Bacaan Surah Al-Mulk)
Tarikh: 10 Mac 2025 (Isnin)
Masa: 8:30 pagi
Jemputan: Ustaz Asley Bin Josley (Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah)
Saluran : Facebook Unit Hal Ehwal Islam



Program ini dianjurkan dengan objektif untuk:
- Mendengar dan membetulkan bacaan Al-Quran bagi memastikan sebutan serta tajwid dibaca dengan betul dan tepat.
- Memahami maksud dan pengertian surah yang dibaca agar dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan seharian.
- Mengimarahkan bulan Ramadan dengan mendidik jiwa supaya membudayakan pembacaan dan penghayatan Al-Quran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah