Khamis, 28 Mac 2024 telah berlangsung Program Mobile Library @ Bangunan Pentadbiran yang diadakan di Lobi Pejabat Bendahari, UiTM Kampus Seremban. Program tersebut diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf pentadbiran UiTM Kampus Seremban.
Program kali ini bertujuan untuk menggalakkan staf UiTM khususnya staf pentadbiran Kampus Seremban untuk menggunakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan sekaligus memupuk budaya membaca warga kampus sejajar dengan objektif program Read@UiTM.
Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan. Diharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada warga kampus, selain mempromosikan bahan rujukan dan perkhidmatan di PTAR Kampus Seremban.