Lawatan Penanda Aras : International Islamic University Malaysia Kuantan

Tajuk: Lawatan Penanda Aras

Tarikh: 12 September 2023

Masa: 10.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : International Islamic University Malaysia Kuantan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM, Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras di International Islamic University Malaysia Kuantan. Lawatan ini melibatkan lima belas orang (15) staf dan lima (5) orang pelajar Latihan industri.

Lawatan penanda arasan ini diketuai oleh Puan Hajah Rosnita binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan serta pegawai iaitu Encik Mohd Fadhli b. Samsudin, Pustakawan Kanan dan Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan.

Objektif penanda arasan tersebut adalah

1. Dapat mempelajari sesuatu perkhidmatan yang baru dan terkini dari Perpustakaan yang terbabit agar dapat mencerna minda dan idea untuk diaplikasikan di Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang.

2. Bagi melihat suasana tempat kerja dan ruang serta inovasi (EKSA) yang digunakan di dalam Perpustakaan yang dilawati.

3. Mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara Perpustakaan yang terlibat bagi melancarkan urusan dan proses kerja

4. Merupakan salah satu alternatif bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing secara langsung.

5. Menjadikan lawatan ini sebagai satu mekanisma bagi membuka minda yang sihat kepada staf untuk lebih bersemangat dalam meningkatkan lagi personaliti, imej dan kualiti kerja staf perpustakaan.

Semoga lawatan penanda arasan dapat mengeratkan ukhwah di antara kedua belah pihak untuk terus bekerjasama di pelbagai acara di masa-masa akan datang.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply