Lawatan Naib Canselor UiTM ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

4 Mac 2024, Isnin – UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan dari Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib ke Kampus Permatang Pauh. Terdahulu, beliau telah menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam (JKNCR) yang bertempat di Canselori, Universiti Sains Malaysia.

YBhg. Datuk Naib Canselor telah memulakan lawatan santai beliau ke Pengajian Kejuruteraan Mekanikal serta ke Kolej Kristal sebelum berhenti solat di Pusat Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang. Usai menunaikan solat, YBhg. Datuk Naib Canselor telah sudi singgah ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan di perpustakaan termasuk New Learning & Training Space serta Sudut IQRA.

Sebelum mengakhiri lawatan, YBhg. Datuk Naib Canselor telah menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Turut hadir dalam sesi lawatan santai ini ialah Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Herbed Abdullah, Jurutera, Encik Mohd Saiful Nizam Mohammad Ali dan Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply