Information Literacy Programme (ILP) Sesi Mac 2024 UiTM Kampus Rembau

Isnin, 25 Mac 2024 telah dianjurkan taklimat Information Literacy Programme (ILP) bagi sesi kemasukan Mac 2024 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau. Taklimat modul Fundamentals of Information Literacy Programme ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar baharu yang mendaftarkan diri bagi sesi Mac 2024.

Kesemua pelajar-pelajar semester satu (1) termasuk pelajar semester 3 program penerapan yang mendaftarkan diri di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM), Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) dan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) terlibat sebagai peserta di dalam program ini.

Taklimat ILP ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan memberi tunjuk ajar asas mengenai literasi maklumat, bermula dengan mengetahui keperluan pembelajaran, membuat pencarian maklumat serta strateginya, memilih maklumat untuk rujukan dan mengunapakai maklumat dengan betul dan beretika.

Program yang diadakan selama satu jam setengah itu berjalan secara maya pada minggu kedua sesi perkuliahan yang diadakan secara ODL. Pihak perpustakaan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir, juga kepada pihak fakulti dan pusat pengajian yang membantu memudahkan pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply