15 Februari 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan lawatan penandaarasan Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam bagi melihat proses kerja pengurusan arkib di Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam terutama sekali proses pembersihan rekod dan penyimpan rekod di gedung. Lawatan ini diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 10 orang staf PTAR dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Kehadiran kami telah disambut oleh Puan Noor Hayati binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan dan Muhammad Azrul Nizam bin Abdul Rahman, Pustakawan.
Semoga hasil lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan arkib.
Puan Yatie sedang memberi penerangan mengenai pengurusan rekod dan Arkib di JAU, PTAR UiTM Shah AlamEncik Azman sedang menerangkan contoh rekod yang diterima untuk proses pembersihan rekodEncik Azman sedang menunjuk demo cara pembersihan rekodEncik Hazlan sedang melihat contoh label yang ada di Kotak ArkibEncik Suhaimi sedang memberi penerangan cara penyimpanan rekod di gedungStaf Unit Arkib Cawangan Melaka bersama staf JAU membincangkan isu mengenai penyimpanan rekod ke gedungEncik Hazlan melihat kotak kecil yang ada di dalam kotak arkib di JAUEncik Haizar sedang menerangkan cara pendigitalan gambar yang dibuat di JAU, PTAR UiTM Shah Alam Sesi penyerahan cenderhati dari PTAR UiTM Cawangan Melaka kepada JAU, PTAR UiTM Shah AlamEncik Hazlan sedang menandatangani buku pelawat di JAU, PTAR UiTM Shah Alam
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah