Ziarah Staf: Encik Abdul Muhsin

Rabu, 

12 Rejab 1445H, 

24 Januari 2024: 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah meluangkan masa menziarahi Encik Abdul Muhsin bin Abd Rasid di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Lawatan yang diadakan pada jam 1:00 petang ini bertujuan memberi sokongan buat Encik Abdul Muhsin yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang bekerja pada jam 5:30 petang, 20 Januari 2024 hari Sabtu. Beliau kini sedang di rawat di Wad 1B katil nombor 39. 

Terdahulu, Jabatan Pengurusan Perpustakaan telah mengeluarkan hebahan menerusi emel bertarikh 22 Januari 2024 hari Isnin memaklumkan mengenai musibah yang melanda staf Perpustakaan Sains dan Teknologi (PST) ini. 

Seluruh warga PTAR mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan buat Encik Abdul Muhsin sekeluarga. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply