Sesi Konsultansi dan Semakan Dokumen Di Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

4 Disember 2023, Isnin – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen yang telah siap dikemaskini sebelum pihak BHEA membuat proses permohonan untuk pemindahan fail peribadi pelajar ke Unit Arkib pada 3 Januari 2024 akan datang.

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:

“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”

Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply