Semakan Dokumen Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

21 November 2023, Selasa – Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah berkunjung ke Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bagi membuat semakan dokumen pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 1 & kumpulan 2). Semakan dokumen ini telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Melaka iaitu:

  1. Puan Norhayati binti Hamisan – Penolong Juruaudit
  2. Puan Fatin Syahida binti Wahid – Penolong Juruaudit

Unit Arkib Cawangan Melaka telah dijemput untuk menyemak semakan permohonan pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 1 & kumpulan 2) yang telah dihantar ke Jabatan Audit Negara Negeri Melaka bagi melancarkan proses semakan rekod di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Semakan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang bagi memastikan rekod tersebut mengikut tempoh pelupusan yang ada di dalam Jadual Pelupusan Rekod (Kewangan dan Perakaunan) dan memastikan meter panjang rekod tersebut adalah tepat.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply