Semakan Dokumen Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

21 November 2023, Selasa – Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah berkunjung ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi membuat semakan dokumen pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 2) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Semakan dokumen ini telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Melaka iaitu:

  1. Puan Norhayati binti Hamisan – Penolong Juruaudit
  2. Puan Fatin Syahida binti Wahid – Penolong Juruaudit

Unit Arkib Cawangan Melaka menjadi perantara bagi proses semakan permohonan pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 2) yang telah dihantar ke Jabatan Audit Negara Negeri Melaka bagi melancarkan proses semakan rekod Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.

Semakan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari bagi memastikan rekod tersebut mengikut tempoh pelupusan yang ada di dalam Jadual Pelupusan Rekod (Kewangan dan Perakaunan) dan memastikan meter panjang rekod tersebut adalah tepat.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply