Lawatan Daripada Pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

15 Disember 2023, Jumaat – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Seramai 14 orang pelajar dan seorang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan berpandu ini disampaikan oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply