Lawatan Sambil Belajar Pengurusan Rekod Bersama Pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi (BA118)

6 – 8 November 2023 (Isnin – Rabu) – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Lawatan Sambil Belajar Pengurusan Rekod Bersama Pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi (BA118), Fakulti Pengurusan Perniagaan. Sebanyak 3 kelas Diploma Pengrusan Pejabat dan Teknologi telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh semua staf Unit Arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan, Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi (BA118) iaitu:

  1. 6 November 2023 – MBA118 5K (13 orang)
  2. 7 November 2023 – MBA118 5G (24 orang)
  3. 8 November 2023 – MBA118 5J (20 orang)

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pendedahan dan amalan terbaik bagi proses pembangunan Unit Arkib Cawangan Melaka.

Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply