Kelas Kemahiran Maklumat (KKM)

KOTA SAMARAHAN, 9 NOVEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima tempahan Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) bersama Diploma in Science (AS120). Kelas ini telah diadakan bertempat di Ruang Legar Aras Atas, PTAR Kampus Samarahan 2. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Khairunniqmah Othman, Pustakawan PTAR Kampus Samarahan 2.

Seramai 23 peserta yang hadir pendedahan yang lebih mendalam mengenai pencarian bahan maklumat dan perkhidmatan di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply