Program Misi IQRA 2023 PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

8 November 2023 – Program Misi IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah pun memasuki siri ke 6 penganjurannya. Pada kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakti, Tasek Gelugor dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program tanggungjawab korporat universiti bagi perkongsian pengetahuan serta memberi tunjuk ajar mengenai teknik bacaan pantas dan kemahiran literasi maklumat kepada 30 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Seawal 8.30 pagi, program telah dimulakan dengan aktiviti Speed Reading oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan bersama 2 orang fasilitator. Aktiviti selama 2 jam ini memberi pengenalan kepada peserta mengenai teknik bacaan pantas melalui taklimat dan juga latihan. Selepas berehat selama 30 minit, program kemudiannya disambung dengan aktiviti Literasi Maklumat yang dikendalikan oleh 4 orang fasilitator terdiri daripada staf PTAR dan pelajar latihan industri serta Pertandingan Resensi Buku.

Sebelum program berakhir, acara penutup telah diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Resensi Buku serta sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat. Melalui ucapan Puan Saliza Zainol selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bakti, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak PTAR atas penganjuran program yang dapat memberi pendedahan kepada pelajar khususnya Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam aktiviti pembacaan serta literasi maklumat. Secara tidak langsung, ianya juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk membuat perkongsian dan berkomunikasi di khalayak ramai terutama semasa perhimpunan sekolah mahu pun di dalam kelas. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada para pelajar serta Guru Perpustakaan dan Media SMK Bakti, Puan Musliha Sahari.

Disediakan oleh: Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply