“Selangkah ke Perpustakaan, Seribu Pengetahuan” merupakan tema Karnival Perpustakaan v2.0 UiTM Cawangan Terengganu yang telah diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2023 yang lalu. Karnival yang kali kedua diadakan pada tahun ini adalah bertujuan untuk mendekatkan pengguna dengan perpustakaan melalui aktiviti penyampaian maklumat dan pengetahuan asas tentang pelbagai perkara semasa yang tidak hanya berkhususkan akademik. Mensasarkan warga UiTMCT dan komuniti setempat, karnival yang diadakan ini telah menarik minat lebih dari 1, 400 orang pengunjung dalam dan luar kampus. Sambutan yang amat menggalakkan ini telah mendapat maklumbalas yang sangat baik oleh unit dalaman UiTMCT dan agensi luar yang turut terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-
1) Perasmian Sudut AZKA@Library Community Engagement
Dirasmikan oleh: En. Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad.
Turut hadir:
- YBhg. Prof. Ts. Dr. Mazidah Puteh, Rektor UiTMCT
- Puan Salina binti Baharudin, Pengarah Agensi Pantai Timur, Etiqa Family Takaful Berhad
- Encik Mohamad Noor Sahidi bin Johari, Ketua Unit Pusat Kecemerlangan Syariah, Etiqa General Takaful Berhad
- Encik Muhsin bin Noor Paizin, Pengurus Akademi Zakat, Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- Puan Azura Mohamad Hashim HRM, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak
- Encik Azizan Yazid, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTMCT
- Dr. Nor Adila Binti Mohd Nor, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTMCT
- Dr Mohammad Syukri bin Jalil, Kooordinator Unit Zakat, Sedekah, dan Wakaf UiTMCT
Selesai sesi perasmian Sudut AZKA@Library Community Engagement, semua jemputan telah dibawa melawat ke tapak pameran di aras 1 Bangunan Annex Perpustakaan sebelum ke tapak penternakan lebah kelulut bersebelahan perpustakaan. Penerangan berkenaan penternakan dan produk madu kelulut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rosman Mahmood, Timbalan Rektor BPJI.
2) Kaunter Pameran Unit Dalaman UiTMCT dan Agensi Luar UiTM
- Perkhidmatan Perpustakaan
- MASMED UiTMCT
- PALAPES UiTMCT
- Jabatan Penjara Marang
- Polis Diraja Malaysia
- CO-OP Bank Pertama
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- RHB Bank
- Aman Palestin
- Derma Darah bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah
Pelbagai aktiviti disediakan oleh semua kaunter pameran kepada pengunjung warga UiTMCT dan komuniti bersama tawaran hadiah yang menarik. CO-OP Bank Pertama juga telah menaja Program Pertandingan Mewarna Pelajar Pra Sekolah Daerah Dungun yang diadakan di Perpustakaan Cendekiawan bersempena karnival ini. Ibubapa pelajar juga dijemput hadir memberi sokongan.
3) Program Read@UiTM di Sudut AZKA@Library Community Engagement
- Public Speaking Competition Peringkat UiTMCT (Klik di sini).
- Program Bedah Buku bersama Prof. Dr. Azman Che Mat, Pensyarah UiTMCT (Klik di sini).
- Bicara Pakar: Taklimat Kesihatan – Pendidikan Kesihatan HIV/AIDS bersama Pegawai Kesihatan (Klik di sini).
Terdapat juga lapan buah gerai jualan/foodtruck seliaan MASMED UiTMCT yang menjual pelbagai menu makanan dan minuman kepada pengunjung. Pihak perpustakaan juga menyediakan minuman percuma yang ditempatkan pada khemah berhadapan pintu masuk perpustakaan. Pengunjung turut dapat menikmati roti Gardenia percuma yang disumbangkan oleh Gardenia Bakeries Sdn. Bhd., minuman Nescafe dari NESTLÉ®, dan istimewa kepada staf UiTM sahaja ialah kopi Perfect Brew dari sumbangan Bank Rakyat.
Secara keseluruhannya Karnival Perpustakaan v2.0 ini telah mencapai objektif penganjuran dengan jayanya, selain berjaya membina jaringan dan jaringan secara tidak langsung dengan jabatan dan agensi yang terlibat. Sokongan dan kerjasama pihak pengurusan UiTMCT juga telah merealisasikan pelaksanaan karnival ini. Semoga ianya dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat.
Disediakan oleh:
Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan
En. Abd Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan