Aplikasi Sistem Penilaian KIK pertama kali dilaksana di Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27

SHAH ALAM, 25 Oktober 2023 – Tirai Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27 telah melabuhkan tirainya sekitar jam 5:30 petang dengan sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya barisan juri telah menggunakan aplikasi Sistem Penilaian KIK bagi merekod pemarkahan setiap Kumpulan KIK yang bertanding.

Sistem Penilaian KIK telah dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berdasarkan piawaian pemarkahan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Menerusi ucapan sewaktu Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27, Penolong Naib Canselor InQKA Profesor Dr. Azizah Abdullah berharap agar budaya kualiti dan inovasi akan terus menjadi budaya warga universiti. Tambahnya lagi, inovasi yang terhasil harus dimanfaatkan demi kecemerlangan budaya kerja. 

Dalam majlis yang sama, pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan telah diumumkan seperti berikut: 

  1. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial – PDJH CREW
  2. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan) – PDJH CREW
  3. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan) – Tiada Pemenang 
  4. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan – NEO ULTRAS 
  5. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan) – NEO ULTRAS 
  6. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan – CIVGU MURNI
  7. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P – INOVASI MADANI 
  8. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P (Kategori Penciptaan) – NORTH PEARL ’20
  9. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P (Kategori Penambahbaikan) – INOVASI MADANI
  10. Anugerah Persembahan Terbaik – JASA
  11. Anugerah Pembentang Terbaik (Lelaki) – KASUADI ARIFIN (AUXI TEAM) 
  12. Anugerah Pembentang Terbaik (Perempuan) – SALWA ADAM (AGRO MIND) 
  13. Anugerah Fasilitator Terbaik – NUR FATIMAH IBRAHIM NGAH (3K) 
  14. Anugerah Istiqamah KIK – AUXI TEAM 
  15. Penarafan Emas – SEMUA KUMPULAN BERTANDING

PDJH CREW

Avatar photo
PTAR Shah Alam

Leave a Reply