5 finalis Kumpulan KIK PTAR berentap di Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27

SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mencipta rekod sebagai finalis Kumpulan Inovatif & Kreatif  terbanyak sempena Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27 yang sedang berlangsung pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2023. 

5 finalis Kumpulan KIK daripada PTAR, UiTM Shah Alam dan PTAR, UiTM cawangan ialah: 

  1. SPEKTRUM (UiTM cawangan Sarawak) – Bahan (Buku) yang rosak tidak dilaporkan
  2. AKAR (UiTM cawangan Johor) – Smart Discussion Device
  3. PDJH Crew (UiTM cawangan Perlis) – Mencipta Rak Penyimpanan dan Pemotongan Kekulit Buku 
  4. I-CLIQUE (PTAR Shah Alam) – Library Visitor System (LibVisitor) 
  5. GRAHA JAYA (UiTM cawangan Melaka) – KBM Learning Space

Menerusi ucapan pembukaan dalam Majlis Pembukaan Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27,  Pengerusi Konvensyen KIK YBrs. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan telah menyeru agar seluruh finalis kumpulan KIK mengamalkan inovasi yang dicipta dan dipertandingkan di tempat kerja masing-masing. Tambahnya lagi, setiap kecemerlangan harus mempunyai ‘soul’ (jiwa) agar terus memberi manfaat buat warga universiti.

Tuan Ts Haji Azizi turut mengalu-alukan sumbangan foto dan dokumen sepanjang 27 kali penganjuran Konvensyen KIK di UiTM terutama daripada pakar rujuk KIK UiTM agar maklumat dapat dipelihara dan dirujuk oleh generasi berikutnya.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Inovasi dan Kecemerlangan Operasi, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) YBrs. Dr. Nik Azlin Nik Arifin. Beliau menyatakan proses saringan yang teliti telah dilalui bagi memilih finalis kumpulan KIK mengikut zon dipertandingkan berikut: 

  1. Zon Utara      =  6 penyertaan 
  2. Zon Selatan   =  7 penyertaan
  3. Zon Tengah   =15 penyertaan
  4. Zon Timur     =  3 penyertaan
  5. Zon Borneo   =  5 penyertaan 

PTAR telah menjadi tuan rumah Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27 yang sedang berlangsung di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Sebanyak 20 kumpulan KIK berentap di pentas akhir Konvensyen KIK bagi merebut trofi, sijil dan wang kemenangan. 

Avatar photo
PTAR Shah Alam

Leave a Reply