Read@UiTM : Program Bersama Penulis Buku – He Found You Lost

13 Julai 2023, Khamis – Program Bersama Penulis Buku – He Found You Lost anjuran Perpustakaan Tun Dr Ismail Kampus Segamat telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan penulis buku Ayesha Syahira. Tajuk buku yang dikongsikan oleh penulis adalah He Found You Lost dan Cik Nor Syakilla binti Roslan, Pelajar Latihan Industri PTDI merupakan moderator program. 

Program Read@UiTM ini merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan, pengalaman dan maklumat dalam bidang kepakaran dan penulisan panel jemputan. Perkongsian pengalaman penghasilan buku dan juga pembacaan dipertengahkan oleh penulis. Penulis berkongsi tentang pengalaman beliau dalam menulis buku tersebut dan menceritakan serba sedikit bagaimana perjalanan beliau menjadi seorang penulis pada usia yang muda. Pada masa yang sama, kami juga menyediakan platform ini untuk penulis mempromosikan buku-buku karya beliau.

Objektif program : 

  • Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca.
  • Menjadikan program Read@UiTM sebagai satu norma baru dalam melaksanakan program berbentuk ilmiah.
  • Meningkatkan ketampakan Perpustakaan Tun Dr. Ismail dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
  • Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
  • Mencapai KPI ke 2 penganjuran program Read@UiTM di Perpustakaan UiTM di Cawangan.

Program ini telah bersiaran langsung menerusi Youtube rasmi UiTM Johor dan Facebook PTDI. Secara keseluruhan maklumbalas daripada semua peserta adalah amat baik dan program ini telah meraih tontonan umum sebanyak 94 tontonan di Youtube UiTM Johor dan 123 tontonan di Facebook PTDI UITM JOHOR. Pautan program boleh ditonton melalui https://johor.library.uitm.edu.my/pages/ptdi/youtube-channel-ptdi/546-live-ptdi-program-bersama-penulis-buku-he-found-you-lost

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat dan Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply