Program PTAR Library Camp (Library Community Engagement)

KOTA SAMARAHAN, 20 JULAI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program PTAR Library Camp (Library Community Engagement) bertempat di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan UiTM Cawangan Sarawak melalui PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan memberi pendedahan kepada orang awam tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Peserta yang dijemput untuk program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Kuching dan Sekolah Menengah Sains Kuching. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Pusakawan, Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan guru-guru pengiring dari kedua-dua buah sekolah tersebut.

Antara pengisian program adalah Sesi Motivational Talk : How To Build Self- Confidence & Communication Skills oleh penceramah jemputan khas iaitu En. Awang Fardillah Bin Awang Hussin, Penolong Pengarah, Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak. Disamping itu diadakan juga Sesi Misi Akademik bersama penceramah jemputan iaitu Pn. Nur Farahiah Ibrahim, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Sarawak. Acara terakhir yang diadakan adalah Info Hunt. Dalam sesi ini pelbagai permainan telah disediakan untuk peserta yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Kuching dan Sekolah Menengah Sains Kuching yang memberi sokongan padu terhadap program ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan berkekalan pada masa akan datang.

Terima kasih juga buat Timbalan Ketua Pustakawan, Pusakawan dan Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak yang sudi hadir memeriahkan acara terakhir pada hari tersebut.

Semoga program ini mencapai objektif pelaksanaannya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini. Semoga berjumpa lagi di program yang lain.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply