Program Meet Your Librarians

KOTA SAMARAHAN, 27 JUN 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Meet Your Librarians bertempat di Student Centre, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan. Program ini telah dikendalikan oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Program Meet Your Librarians anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada pengguna berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan, penggunaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan terkini di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Melalui program ini juga, PTAR UiTM Cawangan Sarawak dapat mengeratkan hubungan yang baik dengan orang luar dan pihak berkepentingan (Stakeholders) serta ia juga menyokong kepada pelan strategik UiTM iaitu Globally Marketable.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply